Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."
* Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun
* Barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka)
* Barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga
* Barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya
* Barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")
Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".