RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Kelas : 4 Bukhari
Bil Pelajar : 32 orang
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup.
Bidang : Perniagaan dan Keusahawanan.
Unit: Mempromosi Jualan
Tajuk / Topik : Promosi Melalui Pembungkusan
Tarikh : 25 Jun 2009
Masa : 9.50 hingga 10.50 pagi
Pengetahuan Sedia Ada :
i) Murid telah melihat pelbagai jenis barang yang dibungkus yang dijual di pasaran
ii) Murid selalu membeli makanan dan barangan di kedai dalam bentuk bungkusan.
iii) Murid telah mempelajari cara menyediakan barang jualan dan pembungkusan pada
pelajaran yang lepas.
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
Kognitif :
i) Menerangkan tiga tujuan promosi melalui pembungkusan dengan jelas dan
tepat.
ii) Menyenaraikan lima ciri-ciri pembungkusan yang menarik.
Psikomotor :
i) Membungkus barang untuk tujuan promosi dengan menggunakan bahan
dan barang yang bersesuaian untuk tujuan promosi.
Afektif :
i) Menilai dan membanding beza pembungkusan yang dihasilkan untuk tujuan promosi.
Bahan / Sumber Pengajaran :
i) Komputer,LCD, Power Point.
ii) Contoh barangan yang berbungkus dalam tin (susu),kotak ( biskut ) ,
botol ( jem),plastik (roti)
iii) Carta
iv) lembaran kerja
KBKK / KB : Mengkategori,membanding beza,membuat keputusan dan membuat
rumusan
Nilai : Kebersihan,bekerjasama ,teliti ,kreatif,keselamatan,
Langkah / masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit)
Pameran bahan-bahan maujud.
Barang – barang yang dibungkus
i) tin
ii)kotak
iii)botol
iv)plastik
• Guru mempamerkan barang-barang yang berbungkus dengan cara yang berbeza di hadapan kelas.
• Guru bersoaljawab dengan pelajar mengenai barang-barang tersebut dan meminta pelajar memberikan pandangan mengenai tujuan barang –barang tersebut dibungkus.
• Guru mengaitkan jawapan yang diberi oleh pelajar dengan topik pelajaran.
Kaedah :Pameran,Soal jawab
Nilai :Keselamatan,Kebersihan
BBM: Bahan maujud (contoh-contoh makanan berbungkus)
Perkembangan
Langkah 1
(5 minit)
Maksud Promosi
Satu kaedah atau cara untuk memberitahu dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barang.
Tujuan promosi
i)Menyebarkan maklumat
ii) Menimbulkan minat terhadap barang
iii)Mengingatkan pelanggan
tentang barang
iv) Meluaskan pasaran barang
• Guru menayangkan slaid MS Power Point.
• Guru menerangkan maksud dan tujuan promosi.
• Guru dan murid bersoal jawab.
Kaedah: Penerangan,Soal jawab
Nilai :Peka, Teliti
BBM: Slaid MS Power Point, Carta
Langkah 2
( 10 minit)
Ciri-ciri barang yang dibungkus baik dan menarik :
i) Bentuk dan rupa yang menarik
ii) Sesuai dengan jenis barang
iii) Warna
iv) Tahan lama
v) Mudah dibawa
• Guru menayangkan Slaid MS Power Point mengenai ciri-ciri bungkusan serta contoh-contoh pembungkusan yang menarik.
• Guru memberi penerangan lanjut mengenai cirri-ciri bungkusan beserta dengan contoh-contoh barangan maujud.
• Guru menunjukkan carta barang yang dibungkus dengan menarik
Kaedah: Penerangan, Sumbangsaran, Soal jawab
Nilai : Keselamatan, Bekerjasama
BBM: Slaid MS Power Point, Carta, Barang maujud
Langkah 3
(10 minit)
Promosi melalui pembungkusan
Tujuan :
i) Supaya barang yang dijual kelihatan lebih menarik
ii)Pembungkusan bertindak sebagai satu cara pengiklanan.
iii) Menarik perhatian pelanggan untuk membeli
iv) Mengelakkan barang daripada rosak,pecah atau tercemar.
iv) Memudahkan barang disusun dan dipunggah.
• Guru bersoaljawab dengan murid tujuan promosi melalui pembungkusan.
• Guru menjalankan aktiviti sumbangsaran
• Guru memberikan penerangan lanjut berbantukan MS Power Point.
Kaedah:
Penerangan
Sumbangsaran
Nilai:
Keselamatan
Langkah 4
( 15 minit)
Maklumat-maklumat tentang barang yang perlu ada pada setiap pembungkusan.
i) Jenama produk
ii) Jenis produk
iii) Nama dan syarikat pengeluar
iv) Kandungan
iv) Tarikh luput
v) Berat bersih
vi) Tanda halal
vii) Kod bar
• Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan
• Setiap kumpulan diberi sejenis barangan yang berbungkus
• Murid dikehendaki menyenaraikan maklumat yang perlu ada pada setiap bungkusan
• Murid dan guru berbincang tentang dapatan yang diperolehi
Kaedah :
Perbincangan
Sumbangsaran
Nilai :
Bekerjasama
Teliti
Langkah 5
(15 minit)
Menilai Pembungkusan Untuk Tujuan Promosi
• Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
• Setiap kumpulan mencipta bungkusan barangan jualan yang dipilih mengikut
kreativiti untuk tujuan promosi.
• Setiap wakil kumpulan membuat pembentangan hasil kerja mereka
• Guru menilai hasil kerja setiap kumpulan
• Guru membuat rumusan bersama murid mengenai hasil kerja mereka.
Kaedah ;
Aktiviti kumpulan
Perbincangan
Nilai:
Bekerjasama
Kreatif
BBM:
Borang penilaian
Bahan-bahan untuk pembungkusan
Penutup
(5 minit)
Penilaian
Menjawab soalan latihan berbentuk objektif.
Pengukuhan
Membuat buku skrap
Tajuk Promosi Melalui Pembungkusan
• Setiap murid diberi lembaran kerja sebagai penilaian.
• Murid menjawab soalan yang dikemukan.
• Guru dan murid berbincang jawapan.
• Guru memberi tugasan lanjut untuk murid membuat buku skrap mengikut tajuk secara berkumpulan .
• Murid diberi tempoh selama satu minggu untuk menyiapkan tugasan
• Guru dan murid merumus isi pelajaran .
Kaedah:
Kelas
Nilai :
Bekerjasama
Teliti
BBM:
Lembaran kerja
Contoh buku skrap
No comments:
Post a Comment